Friday, November 13, 2015

Me#143 : datang dan pergi

Salam..

Hmm.. Dalam hidup aku kawan ni datang dan pergi. Tak susah nak jalinkan sebuah hubungan. Yang penting cuma bagaimana kita mengekalkannya.



Pada usia sudah pun memasuki 30an. Aku dah jumpa macam-macam jenis kawan. Yang baik yang buruk. Baik untuk aku muhasabah diri. Pemerhatian atas perilaku seseorang bagus untuk aku mencermin diri. Mungkin aku juga punya sikap sebegitu. Mana ada manusia yang sempurna. Yang sempurna cuma Dia. Kita hamba yang jahil. Yang kerdil.

Apa pun jua sikap manusia. Ada lebih baik kita mencermin diri. Menilai diri. Memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik dari semalam. Lebih baik dari kelmarin.

Usah menuding jari mencari sepuluh kesalahan orang lain. Sedangkan seribu kesalaham kita terpampang tanpa kita sedati. Nauzubillah.

Berhenti menilai orang lain.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment