Friday, November 13, 2015

Me#143 : datang dan pergi

Salam..

Hmm.. Dalam hidup aku kawan ni datang dan pergi. Tak susah nak jalinkan sebuah hubungan. Yang penting cuma bagaimana kita mengekalkannya.



Pada usia sudah pun memasuki 30an. Aku dah jumpa macam-macam jenis kawan. Yang baik yang buruk. Baik untuk aku muhasabah diri. Pemerhatian atas perilaku seseorang bagus untuk aku mencermin diri. Mungkin aku juga punya sikap sebegitu. Mana ada manusia yang sempurna. Yang sempurna cuma Dia. Kita hamba yang jahil. Yang kerdil.

Apa pun jua sikap manusia. Ada lebih baik kita mencermin diri. Menilai diri. Memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik dari semalam. Lebih baik dari kelmarin.

Usah menuding jari mencari sepuluh kesalahan orang lain. Sedangkan seribu kesalaham kita terpampang tanpa kita sedati. Nauzubillah.

Berhenti menilai orang lain.

Wassalam.

Thursday, November 12, 2015

me#142 : cinta

Assalamualaikum..

Kata orang.. kita memerlukan seumur hidup untuk mengenali seseorang.. bukan seminit dua. bukan sebulan dua. bukan setahun.. bukan 10tahun..


it need lifetime..

cinta hadir kerana adanya perasaan yang ingin dikasihi dan mengasihi. sunyi hati tanpa sebuah cinta. itu bagi aku.. mungkin iya pada kamu. mungkin tidak. pilihan masing-masing.

aku.

masih lagi sedang belajar memahami jiwa sang suami. persahabatan bermula sejak tahun 2003 dan diakhiri dengan sebuah perkahwinan pada tahun 2011. Allah. punya banyak cerita suka duka kami yang tak mampu langsung aku gambarkan mahupun luahkan. terlalu banyak.

tetapi.

itu bukan ticket untuk aku mengatakan bahawa aku kenal dia dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. tidak sama sekali. kami masih lagi sedang belajar menerima keadaan masing-masing seadanya.

ketidaksempurnaan itu indah. cantik. saling melengkapi.

itu cinta.






Wednesday, October 14, 2015

me#141 : Kerjaya guru bukanlah pilhanku..tetapi

Assalamualaikum..

Actually, masa mula-mula emak minta aku menjadi seorang guru..aku rasa macam..

"adik sendiri pun aku tak reti nak ajar, apatah lagi nak ajar budak-budak'' Aish!

Tapi dalam nak tak nak tu, Alhamdulillah,, aku berjaya mengharungi segala ujian, peperiksaan, interview.. segalanya dipermudahkan. semuanya ditemani si emak yang mengharapkan anaknya menjadi seorang guru. terima kasih emak.

Bemula dengan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di SMK Serendah selama beberapa bulan dan kemudiannya berjaya menempatkan diri di UPSI untuk pengambilan DPLI. Alhamdulillah. berkat doa seorang ibu.

Pejam celik pejam celik sudah masuk tahun ke lima aku berkhidmat sebagai seorang Guru. Masih setahun jagung. Masih baru. Masih banyak yang perlu aku pelajari.


Aku bangga menjadi seorang guru.

Rasa kepuasan yang... Allah sahaja yang tahu. Segala keringat. segala masa dan tenaga. segala wang yang ditabur.. Lillahitaala.

Aku puas.

Jangan ceritalah perihal pelajar yang berbagai ragam. Pelajar yang biadap. Pelajar yang menduga kesabaran saban hari. Tingkah laku pelajar yang menghiris hati. Kata-kata mereka yang menusuk ke jiwa. Aku anggap ia sebagai satu proses untuk aku hadam dan hadapi. Satu cabaran.

Dalam pada rasa tidak puas hati guru terhadap pelajar, belum pernah aku lihat guru-guru di sekolah aku yang berputus asa untu mengajar. apatah lagi menyimpan rasa dendam. Kami masih lagi sama. Masih lagi menunaikan tanggungjawab mendidik pelajar. Ikhlas. Proses pembelajaran dan pengajaran masih berjalan seperti biasa.


........................................................................



Usah dipertikai urusan kerja kami sama ada di bilik aircond. di tengah padang. di klinik menemani anak kamu yang cedera/sakit. di tepi jalan memerhati/mengawasi larian anak kamu. di dalam kelas memerah otak bersengkang mata memberi ilmu.


Duduklah di kerusi kami, kau akan mengerti.







Saturday, October 3, 2015

me#140 : sorry daddy

Salam.

Airyz bangun awal sangat pagi ni. Perlahan dengar dia kejut daddy dia. Mummy menyusukan Imaan. #nantiorgtanyamummydiatengokjeke

Daddy lambat bertindak. Tiba-tiba Airyz muntah pada sofa. Daddy terkejut. Lantas membawa Airyz ke tandas.

Selesai muntah. Airyz pandang daddy..

"Sorry daddy." Perlahan

Beberapa kali juga muntah. Mummy pula uruskan. Dan. Masih ayat yang sama.

"Sorry mummy." Perlahan. Lesu.

Terkedu. Takpe sayang. Mummy dan daddy ada untuk kamu. Tiada apa yang salah untuk kamu yang tidak sihat. Muntahlah. Keluarkan apa yang tidak enak diperutmu.

Air mata bergenang.

Airyz. Bila dia tak sihat. Rumah mula rasa sunyi. Basikal yang diparking masih belum terusik. Bakul permainan masih tersusun rapi. Yang ada cuma suara rengekan. Cuba menyampaikan rasa tidak selesanya pada kami.

Namun, kuat semangat si kecil ini. Cuba tersenyum bila ditegur. Cuba ketawa bila digeletek. Geli. Mummy dah mula rindu dengan senyuman Airyz. Cepat sembuh sayang. Mummy rindu.


Semoga cepat sihat sayang. #ihateyouhaze




Friday, September 25, 2015

me#139 : Cerita Airyz di PPUM

Assalamualaikum.

Imaan dah demam tiga hari. dah siap check up di PPUM siang tadi. Alhamdulillah. darah ok. semua ok. virus fever. sigh.

Budak-budak ni bila dah demam.. Perangai pun dah jadi lain. Dari kuat makan. Jadi tak nak makan. Aktif kepada tidak aktif. huhu.. Paling ditakuti oleh semua para ibu. sigh.

Alhamdulillah. sepanjang haze ni Airyz sihat. selsema/batuk sikit-sikit je,. sekejap. lepas tu ok. Imaan. kalah. Daddy dia pun kalah. Takpe. Allah nak duga. Kecil je tu. We can make it! InshaAllah.

Cerita siang tadi di PPUM.

Airyz. biasalah. dia akan jadi orang lain bila di luar. Terasa macam aku ni kurung dia kot. Bila di luar. Dia rasa bebas. DIa nak lari zig zag ke. Dia nak terbang ke. Dia nak lari ke mana-mana ke. Nothing can stop her from doing what she want. Aku? Ok je. As long as dia tak langgar orang sudah. Tau je lah budak-budak kan. tapi tu la. kekadang hangin gak bile orang nak ke kanan. dia dah berlari 20kmj ke kiri. larat ko nk ngejar. dia lari zigzag!

Speaking about Airyz.. Owh.. Si kecil yang sangat aktif (read:aktif) Dia mana reti nak berjalan macam orang biasa. Berjalan macam mak dia tengah window shopping. Jangan harap. Orang berjalan. Dia berlari-lari anak. hhuhuu

Kadang-kadang kita mak-mak ni banyak sangat risau. risau itu ini. risau tidak bertempat. actually.. anak-anak kita ni doing just fine. Airyz. kalau ikutkan telatah dia. perangai dia. boleh menyirap jap darah hingga ke langit. padahal usia baru je 3 tahun 4 bulan wei.! Tapi tu la.. kadang-kadang kita takut anak-anak kita tantrum kat kedai makan. mengamuk kat kedai makan. it just a process.. i dont know.

Honestly aku tak pernah rasa nak pandang jengkel kat parents ada anak yang cranky/mengamok kat kedai makan/kenduri/kat memane je lah!

Kita sama! High five! I've been in your situation dude!

Masa ni lah kau boleh apply segala ilmu parenting ko kat anak ko. berkesan ke tidak. haha.. ok. aku pernah cubit Airyz. muahahaha.. sorry Airyz. tapi si Airyz ni kuat jugak berdrama dia. actually aku bukannye cubit dia ala ketam ke, ala semut api ke. ala-ala manja je. tapi dia punye menangis tu. macam aku ni semut api hitam yang gigit dia sebab kena pijak. ceit!

ok. cubit sangat tidak berkesan.

...............................................................................................

Tadi di PPUM lepas je Imaan ambil darah, Aku lihat Airyz sedang main froggy dengan seorang aunty Cina. Amboi. Yang ni memang kami admit. Airyz memang sangat pandai bersosial. Ikut mood dia la jugak.. budak-budak kan..

Bila datang mood dia nak main sendiri. dia main sorang-sorang pun jadi.

Pernah sekali kami berselisih dengan seorang wanita yang bermuka masam. Moody barang kali. haha. Airyz say Hi! Hi! dan wanita itu tersenyum. cantik. See. Aura positif kan budak-budak ni. Dorang ni takde masalah nak fikir. Tiada rasa dendam. Suci. Bersih.

Ikhlas.

Di PPum tadi. Aunty tu seronok sangat main dengan Airyz. Airyz jangan cakap la. lepas turn dia main. dia suruh anuty tu main plak. hehehe

"Atuk lak.. Atuk lak.." (Atuk pulak. Atuk pulak) sedap je ko panggil aunty cina tu atuk

Auty tu pun main. Seronok. Aku pun seronok.

lama jugak dorang main. pandai aunty tu buat froggy kaauu!

Sambil pandang aku, Aunty tu cakap.

"Anak you ni macam dah besar. Pandai bercakap. (maybe dia belum dengarAiryz bercerita guna minions language).. kalau dia tidur, musti u orang sunyi kan?"

Proud. Tah pepasal aku nak rasa proud.

She always make us proud.

Always.

bye

Thursday, September 17, 2015

me#138 : Aku kembali!

17 September 2015
12.18am

Salam.
Menginjak usia 31 tahun pada tahun ini, terasa macam sukar nak percaya. Pada usia ini, memiliki kerjaya tetap, suami pinjaman Allah yang hebat.. dua puteri yang sangat comel.. Allah.. I feel blessed and grateful. Syukur Alhamdulillah.

Bukan mudah untuk menguruskan dua orang anak di samping menguruskan urusan sekolah at the same time tugasan di rumah.. Bukan mudah.. Tetapi tidak lah sesukar mana. Biarpun terkejar-terkejar tetapi Alhamdulillah well managed. Hahaha

Imaan Nabila. Puteri ku yang kedua diberi nama. Seorang 'sahabat baik' yang begitu memahami. Tidak sulit untuk menjaganya sejak dia lahir. Tidak banyak karenah. Tidak cerewet. Seorang yang sangat berdikari. Begitu juga kakaknya, Airyz Safiyyah. Puteri sulungku. Buah hatiku.



Lahirnya Imaan Nabila di PPUM secara normal tepat jam 1.48 am pada 18 November 2014 seberat 2.78kg. Bukanlah kelahiran yang mudah. Seperti biasa aku menghidap kencing manis. Jadi pada tarikh 17 November menyerah diri di hospital untuk diinduce.

Dos yang pertama dimasukkan pada jam lebih kurang 10am. Air ketuban pecah pada jam 1pm dan dimasukkan ke labor room jam 5.00pm. Tanpa ubat penahan sakit.  Tanpa epidural. Aku berpeluang merasai sendiri kesakitan saat-saat melahirkan Imaan.

Begitu menginsafkan.

Sungguh. Begitu indah. Begitu menginsafkan. And im enjoying the moment every second until Imaan lahir. Melihat sendiri saat dia keluar. Menyusukannya. Allah. Aku bersyukur. PPUM highly recommended!

Puteri sulungku Airyz Safiyyah dilahirkan secara emergency ceasarian. Bukanlah satu pengalaman yang manis buatku. Sama seperti Imaan. Airyz juga bayi yang tidak sukar untuk dijaga.

Aku mulai berjinak-jinak dengan dunia breastfeeding semenjak lahirnya Airyz. Sungguh. Sepanjang mengandungkan Airyz. Kami suami isteri tidak pernah berkongsi cerita tentang penyusuan. Susu apa nak bagi. We just go with the flow. Kononnya

Segala informasi tentang dunia penyusuan aku kenali selepas kelahiran Airyz. Breastpump. Storage bottle. Jadual penyusuan. Power pumping.. Tanpa Airyz mungkin aku takkan tahu tentang sisi lain Juliyana Zolkifli. How defensive i can be. How patience i am. Dasyat kan.

Ok. Sampai sini dulu. Nanti sambung lagi tentang dunia keindahan cerita aku seorang ibu.
Wassalam







Monday, October 27, 2014

me#137 : Menghitung hari :)

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar umur dah menginjak ke usia 30 tahun. N im pregnant my 2nd baby :) Due 18 November akan datang ni..

Excited anak kedua. Masih sama macam mase pregnant kan airyz dulu. Malah tahap kenebesan nak bersalin tu lebih nyata. Dulu mase pregnantkan airyz tak pernah plak sibuk takut itu takut ini. Sekarang ni 24/7 memikirkan due yang semakin hampir.

Mengikut scan our 2nd baby ni seorang PEREMPUAN. Nama pun dah ade. Husband je belum pilih 2nd name baby.. Selamat mencari sayang..

Airyz dah berusia 2 tahun 5bulan. makin melasak. makin comel. makin kepoh. makin manja. dan semakin matang. in her ways lah. takkan matang macam orang dewasa. boleh bercakap few words. boleh sambung 2-3 ayat. contoh.
1. mummy, nak susu
2, mummy, nak sup
Ok lah tu :) Slow-slow..

Ok. Masuk 3rd trimester ni, badan mula rase tak larat. perut rase berat. sakit pinggul. betis kebas. rase ngilu, susah nak bangun. susah nak tidur malam. selalu nangis sebab bselalu tak larat. hahaha.. 2nd pregnancy yang sangat mencabar.

Dulu mase mengandungkan airyz, 38weeks masih ligat lagi nak berjalan sana sini. menonggeng kemas rumah bagai. nasib lah masa tu duduk rumah flat. space pun  kecik. utk yg 2nd ni. week 36 pun dah buat aku jadi malas. malas itu malas ini. yang paling rajin ialah MEMASAK je. haha.

Memandangkan mase bersalinkan airyz kena c-sec. azabnye mase pantang tuhan je yang tahu. berpantang rumah mak. dis time nak berpantang rumah sendiri. alasannye. malas nak angkut semua barang2 dari rumah ke rumah mak.

Rase lain macam je bile nak berblog balik. hahaha. lame dah tak berblog. rase janggal. duduk lelame atas kerusi ni mula lah lenguh sana sini.

Semoga dipermudahkan urusan kelahiran adik airyz ni ::
semoga bayi ini dilahirkan dalam keadaan yang cukup sifat, sihat dan dijauhi dari segala penyakit.
Amin

Sunday, November 4, 2012

me#136 : Cerita kelahiran Airyz

Assalamualaikum..

Puh.Puh. Puh.. Cubaan meniup habuk2 yang byk melekat kt dalam blog aku ni.. Lamanye tak berblogging selepas bersalin :) Almaklumlah dek kerana kekangan masa melayan baby kecil n baby besar (her daddy of course)

Seperti yang sedia maklum aku sudah selamat melahirkan seorang anak perempuan yang di beri nama Airyz Safiyyah binti Khairil Zamani di HUKM pada 27 May 2012. Semasa entry ini di buat she is already 5 months old n 8 days.. Dah 5 bulan lebih umur anak aku.. :)

Honestly.. perjalanan semasa aku melahirkan dia tidak berapa nak happy untuk di share since aku telah dipaksa beranak sebab high blood pressure n after few hours kena induce heartbeat baby dah tak berape cantik.. n doctor terus paksa ceasar.. sob. sob. sob.. sedih sebab husband tak leh masuk dlm operation room.. masih ku ingatan reaksi dia n air mukanya semasa aku di bawa ke operation room.. oh.. sangat syahdu i tell u.. sedih!!serius..pass nie nak beranak kat hospital swasta yg support breastfeeding!!

Dalam operation room memang kecoh la kan.. n my doctors n nurses semua muda2 kawww.. seram sejuk.. selepas kena bius (rasanye macam kena tembak).. ok ready to potong my perot.. punye la takut kan.. sampai aku boleh cakap dengan doctor bius tu.. ikuti perbualan kami :

aku : doc, sakit tak ek pas kena bius.. (ohh..sangat soalan vodo aku bg kan)
doc : mane nak sakit dah.. sebab dah kan bius..
aku : serius ke? memang tak rasa ape2 ek?
doc : ok la ek.. sy bgtau awak.. skang ni perut awak dah kena belah.. amacam? ada rasa sakit tak??
aku : tak.. (hahahahah!boleeeeeeeehhh??)

Tak lame pun operationnya.. dalam 20minit gitu..  Airyz lahir jam 2.30pm seberat 2.22kg.. owh!dia sangat comeeelll..kecik je.. yang  sedihnya.. sebaik sahaja aku melahirkan dia.. n sebaik sahaja dia ditunjukkan kepada aku.. kami langsung tiada skin to skin punya process. means dat aku tak breastfeed dia pun selepas aku melahirkan dia.. mase nurse tunjukkan dia pada aku untuk melihat jantina dia, Airyz berak.. n terus dorang bawak gi cuci.. pastu aku pon di soroong keluar n direhatkan di satu tempat.. sejuk kaww.. sedih kan!

Ok.. lepas direhatkan.. aku di bawa ke ward.. ok. dah sampai kt ward.. aku muntah2 agak teruk. huhuhu. pening yg teramat.. n muntah semuntah2nya selepas di beri morphin. semasa baby di bawa ke katil aku. dengan keadaan aku yg muntah2 tu.. nurse terus bawa baby ke baby's room tanpa aku menyusukan dia.. sedih!:(

So, semalaman la aku tido tanpa Airyz di sisi :( Esok pagi baru Jumpa Airyz.. n bermula lah my breastfeeding journey!yeaayyy!!


Sunday, May 20, 2012

me#135 : Da best movie ever!!

Assalamualaikum :)

Semalam kena gi sekolah sebab ade Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dr pukul 7.30am - 1.00pm.. lepas berladap, berjimba-jimba dengan husband di One Utama :) Menikmati masa-masa yang ade sementara masih berdua :) (actually dah bertiga pun..cumenye baby masih dalam perut mommy)..

So, matlamat gi One Utama selain nak gi makan-makan ialah nak tengok movie What To Exoect When You're Expecting :) 


Best gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!actress n actor yg sangat gojes dan hensem!baby yang sangat2 cute!sumpah best gile!sangat worth it walopun dalam seat agak dopaan..hahaha!honestly movie nie berjaya meruntun hati aku..berapa kali la air mata duk ngalir.. 

1 :
 babak mase Rosie (lakonan Anna Kendrick) tue keguguran..huhu!sob.sob.sob..sedih sangat!
2 : 
babak mase JLo yang naaaaaaaaaaak sangat anak.. time dia cakap dia macam useless sebab tak mcm other women yg boleh pregnant..huhuhu!
3 : 
babak mase JLo pegang perut Skyler (cun nak mati!).. pheeewwwwww...
4 : 
babak mase bapak si Gary iaitu Ramsey menenangkan anak lelaki dia mase wife dia kehilangan banyak darah mase operation..
5 : 
babak mase Wendy kena buat talk..huhuhu..
------------
dan banyak lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!

Part lawak pun ade..
korang tengok sendri..malas nak type pepanjang..
sinopsis n pelakon2 dia korang bleh bace/tengok cni :)


Dear my baby,
mommy cant wait to see n hold u..
i just want to kiss u..so much!
cant wait for da moment..
mommy n daddy love u so much!
stay strong..
stay healthy dear..
:)
Muaaaaaaaaaaaaaah!!

Tuesday, May 15, 2012

me#134 : 37 weeks :)

Assalamualaikum :)

Minggu nie dah masuk minggu yang ke 37..huhu!hari-hari yang dilalui penuh dengan debaran..takut2 kalau air ketuban pecah mase dalam kelas..atau mase kat kantin..atau mase tengah driving..atau kat mane2 :) nebes!

Perut dah makin mengeras..kesian sangat dengan my baby sebab tak cukup space untuk dia bergerak berenang-renang..tapi makin dah keras nie makin aktif plak dia bergerak..mungkin dah tak sabar nak melihat dunia :)

Ok..since bila-bila dah bole bersalin nih..doakan keselamatan kami berdua ok..soga segalanya berjalan dengan lancar..dipermudahkan urusan kelahiran bayi ini :) semoga baby cukup sifat cukup anggota badan..yang penting sihat!!dan selamat :) (ok..tetibe rase nerbes!)

Nafsu makan?
Pergh..tuhan saja yang tahu betapa teruknya nafsu nak makan aku untuk 3rd trimester nie..
asik lapar..
lapa..
dan
lapa!
mulut nak benda manis je..isk!
husband plak rajin nak melayan..
cup cake la.. muffin la..huhuhu..
tq encik suam
:)

Doakan kami ok :)


Wassalam
---------------------------------------------------------------

Wednesday, April 11, 2012

me#133 : sebulan sekali

Assalamualaikum ;)

Pergh!dah macam sebulan sekali plek aku mengupdate blog..sumpah busy gile!!n dis year sangat busy n kelam kabut..hari-hari balik penat..hari-hari balik lambat..kerja sendiri tak habis-habis..ditambah lagi dengan kerja orang lain pun aku kena buat gak.. erk!;p bunguk ken..

Honestly..setakat bulan april nie hari-hari tension gi sekolah..bukan tension sebab nak mengajar..tapi sebab kerja-kerja sampingan seorang guru..teaching dah macam bukan our core business gitu..sedih hokeh!kalo adik aku nak jadik cikgu..sumpah aku tak bagi..

Ok..berhenti cerita pasal sekolah n blablablabla..blood pressure boleh naik nanti..

*********************************************************************************
Ok..bertemu lagi kite dalam episod sebulan sekali..hahaha!ok..just nk hupdate sekarang kandungan sudah berusia 32minggu!!aku sudah 8bulan carry my little oneeee..suke sangat!honestly..aku memang kerap stress lately..bukan lately la..since january kowt!tapi dis little baby ken..sangat-sangat membantu aku..sangat-sangat memahami..kalo time aku tension tue ken.. (alamak..tetibe air mate bergenang)..dia mesti main-main dalam perot..bukan tendang kecil-kecilan hokeh..sampai senget2 perot aku nie ha..bijak ken dia..sengaja nak mengalihkan perhatian aku yg tengah tension nie pada dia..

Normalnye..kalo terase dia kick..tak kira la mase mengajar ke..mase tension ke..musti terdiam jap..usap-usap perot jap..n tetibe datang semangat baru..Masyallah!best ken..best ken..rase nak senyum je..n mood jadi baik sangat..n disebabkan aku selalu tension la my baby nie tak reti nak tidur..duk la kik sane kick sini..kick serentak kiri n kanan..
SubhanAllah ;)
Sangat touching!

Perubahan yang sangat ketara bila kandungan sudah mencecah 8bulan..cepat penat..cepat mengah..kaki sume bengkak..muka tak payah cakap la..memang dah bengkak..ko tengok hidung aku..pergh!aku sendri tak sanggup nak tatap cermin lelame..kembang no rasenye ;p

Sesi makan plak..ok ajerrk..still takde mengidam nak pape..cis!
den plak tak reti nak buat-buat mengidam..haha!sonok la husband ai..;p
cumenye bile time lapa tue ken..kalo tak dapat makan..bleh kuar ayer mate..sedih!
kalo dulu-dulu bleh je nak ikat perut bagai..
time ngandung nie..lapar yang tak bleh nak tunggu..kalo la kedai makan sebelah umah..
kalo la kantin sebelah bilik guru..
hahahaha!
so, solutionnya..
pagi-pagi before gi sekolah wajib siapkan bekal..
4keping roti letak planta n jem!
WAJIB!!



;)
Wassalam..
jumpe lagi 



Saturday, March 10, 2012

me#132 : 4D scan :)

Assalamualaikum..

It's been a while since tak update blog..busy yang teramat sangat..mane nak kejar dengan kerja-kerja di sekolah..tak cukup tangan..surirumah lagi ;) check up baby dua minggu sekali since aku ade diabetes mase pregnant nieh..aish!kalo dulu punye la takut nak amik darah..la nih dok ngulur je la tangan/jari untuk dicucuk! injection je belom lagi..duk pospone sebab takut!sakit siot!amik darah pun da cukup sakit..huhuhu!

tadi pergi buat 4d scan baby..punye la nak tau sangat jantina baby!hehehe..excited!tak dapet la wa nak kasi tau baby wa jantina ape ken..rahsia .. haha!jom layan gambar anak ai.. ;)




hehehe..pic yang last tue sangat cute hokeh..rase cam nak menitik ayor mate..bleh plak baby sunyum ;) suke sangat!kalo tengok hidung..macam idung ai..kembeng2 sket...kalo ikut mulut..macam daddy dia..muncung2 sket..isk!comel sungguh!alhamdulillah!thanks Allah ;)

setakat hari ni check n scan..doc cakap baby well growth..alhamdulillah..honestly..aku agak stress sepanjang kehamilan nie..bukan sebab baby..sebab kerja yang tak pernah2 habis..tak cukup kat sekolah.hangkut lagi kat umah..kau ingat kerja jadik cikgu nie senang?org busuk hati je kate gitu.. tak kisah la ape pun..i love my job!amanah tue..

2 more months to go..takut gile la pulaaaaaaak!lagi2 bile dengar kawan cakap..mengandung mau, tapi bersalin takmau..gitu la kan..tak ke seram den dongar..barang2 baby dah beli sikit2..kebanyakannnye kaler hijau..hahahaha..

Ok kawab-kawan..mau sambung tengok pic baby.. wassalam :)

Wednesday, February 29, 2012

me#131 : 29 February 2012

Assalamualaikum!

Hari nie happy sangat sebab hari nie birthday my hubby..mood happy je..senyuuum je..seolah2 macam birthday sendri :)

Tak mampu nak buat grand celebration for him..cume sebijik kek :) sebuah buku..birthday card..n dinner kat Seoul Garden..hehehe..honestly ade something yg aku nak sangat bagi dia..cume budget bulan nie tak berape nak cun..so, terpakse di postpone..hehehehe..

Anyway..happy birthday dear..wish all ur dream come true..be a good muslim, good husband n good father :) InsyaAllah.Amin!:)

Monday, February 6, 2012

me#130 : preggy mommy

Asssalamualaikum :)

Welcome 2012 :) Baru nak wish..hehe!2012 tahun yang super duper busy..kalo tak busy pun..membusykan diri dengan memikirkan tarikh due date nanti..kegerunan..ketakutan..keeksaitedtan..sume2 la..hal sekolah tak payah cite la ken..penat!;(

So, baby dalam kandungan dah masuk almost 6 month.. dis week:) Alhamdulillah :) Honestly, bile tengok perut rase macam tak besar2 je..isk!since aku masih ke sekolah memakian baju kurung hokeh..n ramai student yang terkejut bile aku bgtau yg im 6months pregnant..bye2 korang selama 3 bulan..hahaha!

Since dah 6 month nie.selera makan still macam biase..kekadang boleh plak aku tak nak makan..ei!kejam siot!bukan pasal takut berat badan naik..cume tak rase cam nak makan..kenyang :) tapi breakfast dah jadi wajib sangat!kalo pergi sekolah balik sekolah..sepanjang2  perjalanan tue wajib ditemani makanan bersama..kalau pagi..aku gerak ke sekolah jam 6.30pagi..so, dalam kereta harus ade butterscoth 2 keping..n susu dutch lady..kalo takde, buah epal hijau :) kalau balik sekolah, buah2an itu wajib..aku suke jambu kaler merah tue..tapi tue la..kejap je plak habisnye ;p

Bulan ke 7 nanti nak gi scan 3d/4d..nak tengok baby jantina apa..kuat dalam hati nie mengatakan baby perempuan..since kebanyakan baby gurl sume taknak dekat ngan aku..sob3..n baby boy je yang tergedik2 nak kat ai.. hehehe!tak kisah la baby jantina ape sekalipun..yang penting baby sihat dan cukup sifat :) Amin!

Rutin ape yang paling susah since pregnant ni?of course la minum air kosong 6-8gelas sehari..alhamdulillah la masih boleh nak hadap..takut baby tak cukup oksigen..mommy syg baby :)

:)

Wassalam!

Friday, December 23, 2011

me#129 : 10 more dayss to gooo !!

Assalamualaikum :)

Salam Jumaat!!

Pejam celik pejam celik lagi 8 hari penutup 2011 dan 10 hari lagi sekolah nak bukaaaaaaaaaaakk!!perasaan dah bercampur aduk!serius!rase excited ade.nervous ade.29&30dis next week dah start meeting blablabla..ntah ape2 jawatan la akan ku sandang nanti :)yang pasti kompem berderet2 jawatan.. ade ke pekerjaan yang akan dapat banayk jawatan? contohnya. kekonon ko keje as a sales manager.. ade tak at da same time ko jadik kerani?ko jadik juru audit?ko jadi tea lady?ko jadi ketua memphotostat?ko jadi HR manager?ade?kau hado?

Jadik cikgu bukan setakat jadi cikgu hokeh.. kau la setiausaha panitia blablabla..silap2 kalo ko ngajor 2/3 subjek.. semua panitia ko jadik setiausaha..tue belum bendahari lagi.. belum jadi ketua itu ini..penolong itu ini.. guru tingkatan lagi.. handle bermacam2 event..dan macam-macam lagi.. yang lagi hebat..ko boleh manage sume kerja-kerja kau dengan penuh dedikasi.. bayangkan..mane nak sediakan bahan pnp utk 24-26masa seminggu, at da same time ko ade banyak banyak minit mesyuarat nak kena submit..ko ade proposal .. nak kejar due.. hebat cikgu-cikgu nie :) 

tak kisah la guru dulu ke guru sekarang..
masing-masing menjalankan amanah Allah :) 

Sepanjang tahun 2011 jadi guru Tingkatan 4 mengajar subjek Bahasa Melayu dan Sejarah.. guru tingkatan 4L.. bukan semudah ABC123 .. dengan student hampir 90% chinese.. pergh!sangat mencabar!hari-hari duk pulun study..subjek sejarah kau jangan cakap la..  mengalahkan student yang amik exam la.. :) honestly, note sejarah aku lagi best dari note sejarah student aku.. note aku warna warni :) hahahaha! pernah berlari ke bilik kaunseling n menangis sebab kena ugut dengan student India.. aish!tue belum lagi cabaran mase ko ngajar blablablablabla cakap cam orang gila (almaklumla fakta semua dalam kepala).. n kelas bising macam pasar..ko bayang!camno ko nak buat?mampu mau handle??huuuu..mampu tak mampu, amanah totap amanah..

So, tahun 2012 aku berdoa agar aku lebih tabah n kuat berbanding 2011.. 
 tengok je la nanti :)
.
.
.
.
.
.
.
.
Kenapa tetibe cite bab sekolah-cikgu-student-tugas?
saje je cari semangat..
sekolah dah nak bukak :)


:)

Friday, December 16, 2011

me#128 : surirumah sepanjang hidup!

Assalamualaikum!

Start cuti sekolah ialah 19 Nov 2011.. hari ini sudah 16 Dis 2011.. seminggu after cuti je aku sibuk gi sane sini.. lepas tue..terperap kat umah since kesihatan tak mengizinkan.. alhamdulillah masih mampu untuk menguruskan kerja-kerja seharian :) bile otak kate YES .. but badan kate NO.. otak kate JOM.. badan kate TAK BOLEH.. sedih siot!

Cume lately kembali membusykan diri dengan mengemas rumah.. mane2 perabot yang aku rase macam dah bosan tengok..maka akan aku tukar kepada pelbagai tempat.. kalau dulu basuh baju seminggu sekali.. skarang 3kali seminggu.. duduk 2 orang je pown ;p kalau dulu tak pernah try nak buat agar-agar..skarang dah pandai cuba-cubaan..hahaha!

Bile membayangkan badan asyik tak sihat.. kepala asik pening2..tekak asyik loya2.. batuk masih tak kebah2.. asyik nak muntah.. tak boleh nak imagine bile dah naik sekolah sesi 2012 nanti.. dengan budak2 sekolah menengah yang super duper hyper.. sebulan tak jumpe kawan-kawan.. aish!semoga dipermudahkan segalanya..amin!

Bile duduk rumah sorang-sorang lepas husband pergi kerja.. i wonder macammane la mak aku boleh duduk umah sorang2 since kitorang adik beradik dah bekerja.. bapak aku on duty sometimes 24hours.. tabahnya mak aku!aku yang baru sebulan duk umah nie dah bosan tak hingat..camne la mak aku yang dah lebih 20tahun tue.. i love u mak :) aku mungkin takkan setabah itu..

Owh..memandangkan haritue check blood pressure asyik naik..so, skang aku cube merelakskan otak..dengan tak fikir banyak-banyak..takmo tension-tension..takmo sedih-sedih..dengar zikir banyak-banyak..hafal doa2 n zikir n jadikan amalan utk seharian..insyallah.. takut sgt bile blood pressure naik.. stress nie memang tak bagus..

K,bye :)

Thursday, December 15, 2011

me#127 : 1st Checkup @ Klinik Ibu dan Anak

 Assalamualaikum!

Hari yang agak busy berbanding hari-hari yang sebelum.. sebab hari nie first time pergi check up di Klinik Ibu & Anak.. Of course ditemani suami :) I love you so much sayanggggg... Seawal pagi bangun, siap-siap..iron baju..breakfast sebijik buah pear..n vrooooooooooooooomm menuju ke Klinik @ Jalan Hang Tuah, KL :)

So, sampai-sampai je kami kat Klinik..serahkan kad pengenalan untuk pendaftaran.. sebab kali pertama check up.. n tunggu giliran.. my number ialah 26 :) dat time baru no 10..perggghhh!!lame lagi siot.. so sementara menunggu kitorang main2 mata dengan anak orang sebelah.. hebat mata budak tu, tak berkelip2 pandang cik suami.. hensem sangat kah?;p 

Lupa nak cerita.. mase buka-buka je pintu klinik, semua orang cam pandang.. pergh!aku plak.. isk.. otak mula duk fikir.. "AKU NIE KAT MALAYSIA LAGI KE??".. kenapa?ramai gile foreigner dalam tuuuuuuuuuuuuueeee..melayu ade la seketul dua.. india pun sikit je.. yang ramai foreigner je.. huuu

*sambung* So, tengah2 duk layan lawan mata.. tup2 nama kena panggil..oleh seorang nurse.. melompat den :) so, bermula la sesi checkup segala2 :)

1. Memula kena amik berat, tinggi dan tekanan darah untuk kedua-dua belah tangan.. sedih sebab blood pressure agak tinggi time tue.. tangan kiri normal.. tangan kanan 140/90..dua kali check pun same..huuu :(

2. kemudian kena amik urine.. untuk sugar test..alhamdulillah..semuanya ok.. actually den paling tak sukke bab2 check air kecing nie.. den goli sket ngan toilet klinik.. ko bayangkan la dah brape banyak user yg gune toilet klinik..yang localnye..yang foreignernye..huuu..tu belum cakap pasal botol letak urine tue..aduh!

3. Jumpe nurse :) nurse aku baik gilos!!syukur alhamdulillah.. cakap lembut je..suke sangat!sejuk ati mommy :) ape yang kitorang sembang?first utk fill up buku pink.. segala butiran la dia tanye.. maseni ko jawab ke la.. aku memang masalah sket kalo bile nurse tanye bile last period hatta mule period..sangatla aku tak concern..lempang pipi sendiri doploh kali.. yang aku ingat 12 ogos 2011.. tatau tue first ke last :( masalah tul! so, pasni..for those (termasuk aku surely) yang period dier irregular..tolongla catat tarikh mula nk habis period..penting!!

4. Ok.. nie stage yang sangat menakutkan bagi orang-orang yang takut darah macam aku.. mase nie mule la seram sejuk datang..berpeluh2 sejuk.. terbayang2 kalo nurse tue tak jumpe salur darah kali, kot2 la salah cucuk ke hape.. terbayang jugak la tah brape kesan suntikan kat tangan aku nie umpama drug addict..seram siot!!tapi..alhamdulillah!!aku nie memang suke fikir negative dulu..walopun salur darah aku kecik (susah nak carik)..tapi nurse tue hebat..sekali dia cucuk (walopun dah berpuluh kali cari)..dapat gak salur darah yang diidamkan :) injection2 nie memang den lomah sket.. tak la sakit sangat.. mindset je yng lebih2..ceit!

5. Masuk balik jumpe nurse tadi.. check perut n check whether kaki bengkak ke tak..alhamdulillah..semua ok..cume nurse pesan, kalo bleh pakai seluar longgar sket..hee..baik bos!

6. Duk kat tempat nurse n sembang pasal pemakanan, kesihatan aku lately, result darah aku, berat badan aku, khasiat breastfeed, semua2 la pasal kehamilan.. :) honestly aku sangat excited!\

7. Aku disuruh amik blood pressure lagi sekali since mase 1st sesi tue blood presssure tadi naik.. so, untuk kali nie blood pressure normal!sukeeeeeeeeeeeeeeeee sangat!!for those yang tahu..n tak tahu, aku nak bgtahu..high blood pressure can also be called as a silent killer..which can lead to stroke beb!!serius..nak lagi info, korang google sendri :)

8. Jumpe nurse balik..bagi result blood pressure.. 

9. Ambil tarikh next appointment :)

10. Selesaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaai!!!

habis check up around 11.00am.. keluar2 lapar n terus cari kedai makan..  

Nie rupa-rupanya kad pink yang selalu dorang cite :)
Vitamin & Ubat-ubatan dari Klinik :)
Vitamin & Ubat-ubatan yang sedia ada.. huuu..

Honestly aku excited dengan kehamilan ini.. 
Baby.. semoga kamu lahir dengan selamat.. sihat..
Mommy dan ayah tak sabar tunggu kamuuuu :)
Semoga kamu menjadi insan yang hebat, cemerlang dunia dan akhirat..

Wednesday, December 14, 2011

me#126 : Amalan Ibu Mengandung

Assalamualaikum!

Sharing is caring :)



 



Wassalam :)

Monday, December 12, 2011

me#125 : 15 weeks :)

Assalamualaikum!

Alhamdulillah..masih sihat dan masih hidup :) Ok. Kalau 3 bulan pertama pregnancy aku keje asik lapaaaaaaaaaaar sahaja..masuk 3bulan kedua, banyak benda aku tak lalu nak makan..n sangat choosy.. yang sedia tak makan memang aku tak makan..yang suke makan dah jadi tak berapa nak suke.. satu yang ketara ialah.. MEE GORENG dari Q BISTRO kat Bandar Tasik Permaisuri.. Gile kau..kalau dulu dua pinggan pun aku lalu (since portion dia sikit je pown!).. sekarang half je!!sedih!!


Aku takmo review lelebih..nanti la bukak entry baru kalo ade idea :p Nasi pun dah tak brape nak lalu..kalo lalu pun, lauk musti kena dengan selera.. haritue mak masak gulai nangka dengan daging masak kicap.. harem sikit pun aku tak sentuh..siap gi makan kat luar pasal dah kebulur sgt.. kat luar makan nasi ngan tomyam udang.. huhuhu..

Aku buat kesimpulan..aku memang berselera kalau berlaukkan soup..tak kisah la sup ape pun..sup kosong pun hokeh.. jangan letak ayam @ daging.. owwwhh..no no no..

Lagi berselera kalau dapat yang ini :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dua bungkus pun aku leh habiskan..
isk.isk.isk
;p








Sunday, November 27, 2011

me#124 : Langkawi - Melaka - Selama,perak

Assalamualaikum!

Pheww..start je school holiday 19nov - 21nov terus melebarkan sayap ke Langkawi.. 3 hari 2 malam di sana :) Best saangat sebab hubby sentiasa ada disisi.. sewonok! kitorang takde plan banyak sangat since my condition yg tak larat dek penin-penin n mengah sane sini.. tapi alhamdulillah sangat.. langsung tak muntah hokey!maybe baby suke langkawi.. next time boleh pergi lagi :)

Balik je KL on 20Nov tue..keesokan harinya 22nov-24nov berinduksi pula di The Emperor Hotel, Melaka.. jangan cakap la penat dia kan..penat honeymoon pun tak habis lagi..nie penat nak mengadap berjam-jam punye ceramah..redha je la!nasib baik ade mase untuk lepak n tdo..cume yang tak brape bestnye ade exam plak on 24th tue.. selesai semuanya, kami berempat (aku, sha, asrul, pijah) berjoli katak kat malacca town. bergambar persis model semuanya!lepas geram selepas jawab exam ;) kononnye..

Balik je KL on 24th tue..lepak sehari kat rumah.. sabtu pagi 26nov bergerak balik ke Taiping.. ade dua kenduri di taiping pada hari sabtu n ahad.. bertolak jam 10.45am..sampai bandar taiping jam 6.30pm..sampai selama jam 9.30pm.. melihatkan waktu ketibaan aku kat taiping, sah-sah la termiss lauk kenduri ken.. sentap!tapi takpe..takde rezki utk mummy n baby :) kenduri ahad masih ade!best!

So.. busy tak busy bercuti la hendaknye ken.. cume yag kat melaka tue kire waktu bekerja+leisure time la konon..enjoy sgt sebab dari wakil dari sekolah aku seramai 5 orang.. mau tak gumbira+suka+ceria! memandangkan aku online gune laptop husband, den cume ade pic curik gambar malacca dari fesbuk ja.. layannnzzzz ;)




Terserlah kegemukan haku ;)


Suke sangat dengan dorang..love u guys!!!!

Nite all :)